Jawatan Kosong – Pengurus, Pengurusan Hartanah

PEMOHON – PEMOHON TERDIRI DARIPADA WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN ADALAH DIPELAWA UNTUK MENGISI KEKOSONGAN BERIKUT

Kelayakan dan Pengalaman

    1. Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 25 tahun pada tarikh iklan jawatan; dan
    2. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah atau bidang berkaitan daripada Universiti Tempatan atau Luar Negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Lembaga Kelayakan Malaysia (MQA); dan
    3. Berpengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun ke atas dalam bidang pengurusan hartanah dalam sektor Kerajaan / Badan Berkanun / GLC / Swasta; dan
    4. Pengalaman dalam pengurusan hartanah/fasiliti adalah satu kelebihan; dan
    5. Kemahiran komunikasi, pengurusan dan penyelesaian masalah yang baik; dan
    6. Kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab merancang, menyelaras dan mengurus hal ehwal Pengurusan Hartanah secara menyeluruh termasuk memaksimumkan hasil sewaan aset sedia ada, merangka strategi peningkatan pendapatan, mengurus tunggakan dan pembaharuan kadar sewa, serta memastikan pengurusan kutipan, dokumentasi dan pentadbiran unit komersial dilaksanakan dengan cekap.

Selain itu, memastikan penyelenggaraan bangunan dilaksanakan secara efektif dan kos efisien mengikut bajet, termasuk memastikan fasiliti sentiasa berfungsi melalui penyelenggaraan berkala, penyeliaan perkhidmatan sokongan, serta pengurusan sistem mekanikal dan elektrikal (M&E), kerja pembaikan, kecemasan teknikal dan koordinasi dengan kontraktor, jurutera serta pihak berkuasa berkaitan.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 September 2026

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Puan Farah Farhana binti Khalid atau Puan Nur Liyana Izyan binti Khairuddin

No Telefon : 06-765 2900 / 010-820 2900

Borang Permohonan

1 Step 1
Jawatan Yang Dipohon(jika berkenaan)
keyboard_arrow_leftPrevious
Nextkeyboard_arrow_right

Perbadanan MAINS

Copyright © Perbadanan MAINS. 2023

Langgan Surat Berita

Jangan ketinggalan berita & informasi terkini Perbadanan MAINS.
Invalid or empty email
You have successfully subscribed to the newsletter.
Something went wrong. Your subscription failed.
Portfolio

Senarai Projek
Berita & Informasi Terkini 

Sumber Manusia
Hubungi Kami

Aras 12, Sayap Selatan, Menara MAINS Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus

Pejabat : 06-7652900Telefon : 010-820 2900Email: info@mainscorp.comWaktu Operasi : 8.00am – 4.30pm, Isnin - Jumaat