Tarikh: 20 Ogos 2025
Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
Lokasi: Dewan Dato’ Syeikh Haji Ahmad Al-Linggi, Aras 4, Menara MAINS

Program ini dengan kerjasama Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM) Jalan Rahang, melibatkan Latihan Penggunaan Alat Pemadam Api bersama ahli ERT Menara MAINS.

Program ini disertai oleh 39 orang ahli ERT yang terdiri daripada kakitangan di Menara MAINS serta 12 orang anggota bomba yang diketuai oleh Pegawai Bomba Tinggi Mohamad Nasir bin Che Amat, yang turut menjadi penceramah utama sepanjang sesi berlangsung.

Antara pengisian utama program adalah:

  • Penerangan umum oleh JBPM mengenai peranan ERT dalam pengurusan kecemasan bangunan tinggi atau tindakan awal apabila berlaku kecemasan.
  • Latihan praktikal teknik PASS dalam penggunaan alat pemadam api
  • Pemeriksaan sistem penggera kebakaran bangunan

  • Pemeriksaan hos bomba dan alat pemadam api

  • Pemeriksaan di bumbung bangunan

Program ini bertujuan sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang bencana atau kemalangan yang mungkin berlaku di dalam Menara MAINS sepanjang tempoh waktu bekerja serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan kesedaran keselamatan kebakaran.

Maklum balas peserta menyatakan bahawa sesi latihan dan ucapan yang disampaikan adalah berinformasi dan relevan, serta memberi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran mereka.